Ahad, 13 April 2014

SUMBANGAN RM2050 UNTUK TABUNG PEMBINAAN SURAU SUA

Majlis reunion bekas pelajar SUA tahun 1982 yang telah dijalankan pada 5 April 2014 yang lalu turut melakukan sedikit  kebajikan dengan meberikan sumbangan untuk tabung pembinaan surau baharu SMK Ungku Aziz Sabak Bernam. Tabung sumbangan yang diedarkan pada malam itu telah mendapat perhatian daripada semua bekas pelajar SUA dan bekas guru. Jumlah kutipan pada malam itu berjumlah RM2050. En Azman Ali Penolong Kanan SMK Ungku Aziz yang juga bekas pelajar telah menerima sumbangan itu mewakili pihak sekolah dan sumbangan itu telah diserahkan oleh Pengerusi Reunion Ex-Sua 1982, Datuk Khairoden Salleh.
         Sementara itu, jumlah sumbangan yang diperoleh pada malam itu telah disampaikan pula oleh En Azman Ali kepada Bendahari Surau Encik Abdullah Ali. Pihak sekolah SMK Ungku Aziz telah merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan itu. -
En. Azman mewakili Ex-SUA 82 menyerahkan sumbanga tabung
surau kepada
bendahari jk pembinaan surau baharu SUA, En Abdullah Ali

Sabtu, 12 April 2014

REUNION EX-SUA 1982 MERIAH

Tanggal 5 April 2014 (Sabtu) yang lalu telah mencatakan satu sejarah baru bagi bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz Sabak Bernam atau lebih dikenali dengan nama sekolah SUA. Sejarah yang dimaksudkan ialah pada tarikh keramat itulah julung-julung kalinya bekas-bekas pelajar sekolah SUA yang mengambil SPM 1982 mengadakan reunion untuk kembali bersua muka dab menjalinkan semula silaturrahim yang telah terputus sekian lama.
          Idea untuk mengadakan reunion ini timbul setelah sekumpulan bekas-bekas pelajar ini mewujudkan group whatsapp yang ditadbir oleh Datuk Khairoden Salleh. Setelah idea ini dicetuskan oleh salah seorang ahli kumpulan whatsapp ini, satu jawatankuasa tidak rasmi telah bergerak untuk menjejak rakan-rakan yang adanya yang terpisah selama 32 tahun. Beberapa siri mesyuarat telah dijalankan dan jawatankuasa ini telah menetapkan 5 April 2014 bersamaan hari Sabtu jam 8 malam untuk majlis reunion tersebut.
        Tema reunion ini ialah Menjejak Rakan Mengimbau Kenangan telah digunakan seoptimumnya. Objektif  reunion ini antaranya ialah:
 1. Menjejak seramai yang boleh bekas pelajar SUA SPM tahun 1982
 2. Menjalin semula silaturrahim dalam kalangan bekas pelajar
 3. Berkenalan dengan bekas-bekas pelajar yang tidak sempat dikenali semasa zaman sekolah
 4. Menghimpunankan kembali bekas guru yang dapat dikesan di samping menyambung silaturrahim          bersama-sama guru tersebut.
 Berdasarkan objektif yang dijelaskan tersebut, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Datuk Khairoden Salleh ini telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan reunion ini satu kenyataan. Datuk Abdul Rahman Bakri, mantan Ahli Parlimen Sabak Bernam bertindak sebagai penasihat reunion ini turut membantu bagi menjayakan reunion ini.
            Bertempat di Dewan Bunga Tanjung Hay Resort Sabak Bernam, majlis ini berjaya dilangsungkan. Lebih 70 orang bekas pelajar hadir untuk memeriah perjumpaan bekas pelajar SUA 1982 ini. Apa yang lebih menggembirakan ialah kehadiran 15 orang bekas guru SUA yang mengajar pada tahun 1982 itu. Antara yang dapat hadir ialah Dr Jamil Adimin, Cikgu Hasan Juremy, Cikgu Yasir Hj Ikhsan, Cikgu Ab Jalil Hamzah, Cikgu Mohd Aini Basri, Cikgu Mat Jidin Ahmad, Cikgu Halim Arifin, Cikgu Ngimron, Cikgu Syed Azhar, Cikgu Mohd Wazir, Cikgu Razak Che Teh, Cgu Azizah Abdul Aziz, cikgu Zuraidah dan cikgu yang tidak asing lagi cikgu Sabariah bt Hamzah. Suasana pada peingkat awal semacam tidak dapat dikawal kerana setiap bekas pelajar yang hadir tidak sabar-sabar untuk mengambil peluang bertemu dan berbual mesra dengan semua guru yang hadir.
              Suasana yang gembira sesekali bertukar dengan tangisan apabila ada kalangan pelajar dan cikgu Sabariah tidak dapat mengawal perasaan gembira. Mereka saling berpelukan dan bersalaman sebagai tanda bersambungnya silaturahim yang diharap-harapkan.Saudara Hamdan Abas dan Surina Sudin yang bertindak selaku pengacara majlis telah berjaya memimpin majlis dengan baik. Semasa waktu makan, semua yang hadir dipertontonkankan dengan persembahan power point yang mengandungi gambar-gambar lama kelas dan gambar lama yang ada kaitannya dengan bekas pelajar 1982. Selain itu wajah-wajah terbaru bekas pelajar bersama keluarga turut ditayangkan.
          Program reunion ini difikirkan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan penyertaan dan penglibatan bekas pelajar SUA 1982 dan sebahagian daripada guru-guru. Majlis yang tamat pada pukul 12 tengah malam itu diakhiri dengan sesi bergambar bekas pelajar dan sebahagian guru yang hadir.

Bekas pelajar bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan bekas guru yang hadir
Bergambar Bersama...
Bertemu kawan lama

         


Sebahagian yang hadir.......

Cikgu Sabariah
Pengacara Majlis Hamdan dan Surina
Datuk Khairoden berucap 
Tiga Rakan Bertemu
Sebahagian yang hadir
   
Lagi Gambar Kenangan
Bertemu Rakan Lama


AJK Pendaftaran



Potong Pulut Kuning Hari Jadi


Lagi Gambar Beramai-ramai


Jejaka Tampan Malam itu
Asal SK Sekendi
Korie


Kembar


Tambah kapsyen



Bertemu Semula








Bersama Cikgu Sabar



Pertemuan yang mengharukan......

Bicara Korporat