Tanggal 5 April 2014 (Sabtu) yang lalu telah mencatakan satu sejarah baru bagi bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz Sabak Bernam atau lebih dikenali dengan nama sekolah SUA. Sejarah yang dimaksudkan ialah pada tarikh keramat itulah julung-julung kalinya bekas-bekas pelajar sekolah SUA yang mengambil SPM 1982 mengadakan reunion untuk kembali bersua muka dab menjalinkan semula silaturrahim yang telah terputus sekian lama.
Idea untuk mengadakan reunion ini timbul setelah sekumpulan bekas-bekas pelajar ini mewujudkan group whatsapp yang ditadbir oleh Datuk Khairoden Salleh. Setelah idea ini dicetuskan oleh salah seorang ahli kumpulan whatsapp ini, satu jawatankuasa tidak rasmi telah bergerak untuk menjejak rakan-rakan yang adanya yang terpisah selama 32 tahun. Beberapa siri mesyuarat telah dijalankan dan jawatankuasa ini telah menetapkan 5 April 2014 bersamaan hari Sabtu jam 8 malam untuk majlis reunion tersebut.
Tema reunion ini ialah Menjejak Rakan Mengimbau Kenangan telah digunakan seoptimumnya. Objektif reunion ini antaranya ialah:
1. Menjejak seramai yang boleh bekas pelajar SUA SPM tahun 1982
2. Menjalin semula silaturrahim dalam kalangan bekas pelajar
3. Berkenalan dengan bekas-bekas pelajar yang tidak sempat dikenali semasa zaman sekolah
4. Menghimpunankan kembali bekas guru yang dapat dikesan di samping menyambung silaturrahim bersama-sama guru tersebut.
Berdasarkan objektif yang dijelaskan tersebut, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Datuk Khairoden Salleh ini telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan reunion ini satu kenyataan. Datuk Abdul Rahman Bakri, mantan Ahli Parlimen Sabak Bernam bertindak sebagai penasihat reunion ini turut membantu bagi menjayakan reunion ini.
Bertempat di Dewan Bunga Tanjung Hay Resort Sabak Bernam, majlis ini berjaya dilangsungkan. Lebih 70 orang bekas pelajar hadir untuk memeriah perjumpaan bekas pelajar SUA 1982 ini. Apa yang lebih menggembirakan ialah kehadiran 15 orang bekas guru SUA yang mengajar pada tahun 1982 itu. Antara yang dapat hadir ialah Dr Jamil Adimin, Cikgu Hasan Juremy, Cikgu Yasir Hj Ikhsan, Cikgu Ab Jalil Hamzah, Cikgu Mohd Aini Basri, Cikgu Mat Jidin Ahmad, Cikgu Halim Arifin, Cikgu Ngimron, Cikgu Syed Azhar, Cikgu Mohd Wazir, Cikgu Razak Che Teh, Cgu Azizah Abdul Aziz, cikgu Zuraidah dan cikgu yang tidak asing lagi cikgu Sabariah bt Hamzah. Suasana pada peingkat awal semacam tidak dapat dikawal kerana setiap bekas pelajar yang hadir tidak sabar-sabar untuk mengambil peluang bertemu dan berbual mesra dengan semua guru yang hadir.
Suasana yang gembira sesekali bertukar dengan tangisan apabila ada kalangan pelajar dan cikgu Sabariah tidak dapat mengawal perasaan gembira. Mereka saling berpelukan dan bersalaman sebagai tanda bersambungnya silaturahim yang diharap-harapkan.Saudara Hamdan Abas dan Surina Sudin yang bertindak selaku pengacara majlis telah berjaya memimpin majlis dengan baik. Semasa waktu makan, semua yang hadir dipertontonkankan dengan persembahan power point yang mengandungi gambar-gambar lama kelas dan gambar lama yang ada kaitannya dengan bekas pelajar 1982. Selain itu wajah-wajah terbaru bekas pelajar bersama keluarga turut ditayangkan.
Program reunion ini difikirkan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan penyertaan dan penglibatan bekas pelajar SUA 1982 dan sebahagian daripada guru-guru. Majlis yang tamat pada pukul 12 tengah malam itu diakhiri dengan sesi bergambar bekas pelajar dan sebahagian guru yang hadir.
 |
| Bekas pelajar bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan bekas guru yang hadir |
 |
| Bergambar Bersama... |
 |
| Bertemu kawan lama |
 |
| Sebahagian yang hadir....... |
 |
| Cikgu Sabariah |
 |
| Pengacara Majlis Hamdan dan Surina |
 |
| Datuk Khairoden berucap |
 |
| Tiga Rakan Bertemu |
 |
| Sebahagian yang hadir |
 |
| Lagi Gambar Kenangan |
 |
Bertemu Rakan Lama
|
 |
AJK Pendaftaran
|
 |
Potong Pulut Kuning Hari Jadi
|
 |
Lagi Gambar Beramai-ramai
|
 |
| Jejaka Tampan Malam itu |
 |
| Asal SK Sekendi |
 |
Korie
|
 |
| Kembar |
 |
Bertemu Semula
|
 |
| Bersama Cikgu Sabar |
 |
| Pertemuan yang mengharukan...... |
 |
| Bicara Korporat |
6 ulasan:
tahniah cikgu azman...
malam oren masih menjadi kenangan
Tahniah cikgu azman...menjejak rakan memgimbau kenangan...ex sua spm 82 kekal dingatan......
usaha murni yang cemerlang
program reunion erat silaturahim
moga persahabatan tetap gemilang
sentiasa dalam peliharaan arRahim
Terima kasih semua...kerjasama yang mantap memungkinkan segalanya
Tahniah kepada Cikgu Azman atas kejayaan melahirkan laman ini.
Tahniah kepada barisan AKJ atas segala usaha, kini penat lelah anda terubat jua.
Terimakasih kepada para hadirin yang menyokong kelancaran majlis reunion kita.
Tidak ketinggalan juga, pelengkap kepada pengacara, tanpa suaramu apalah teks Emcee ku...Sdri Surina Sudin.
Semoga EX-SUA 1982 akan menyerlah kejayaannya sebagai legasi memonopoli segenap bidang kehidupan yang menjadi penaung bermenfaat kepada para ahlinya...
Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim...saya doakan kejayaan untuk semua...amiin.
Assalam kpd ex sua 1982 . Saya sdg mencari kawan saya yg bernama cikgu Azizah aziz yg sama belajar di Maktab ilmu khas. Rasanya tak salah lagi itulah kawan yg saya cari sudah hampir 40th. ..minta jasa baik utk dpt saya hubungi cikgu azizah..tkasih
Catat Ulasan