Jumaat, 21 Ogos 2015

REUNION JUBLI EMAS EXSUA82 MERIAH DAN MENCATAT SEJARAH

Reunion Jubli Emas Exsua82 yang berlangsung 1-2 Ogos 2015 meriah dan telah mencatat sejarah yang tersendiri dengan kehadiran lebih 80 orang bekas pelajar SUA spm tahun 1982 dan keluarga. Ini merupakan bilangan teramai yang berjaya dikumpulkan dalam satu-satu masa. Zamita Resort telah menjadi saksi pertemuan bekas pelajar ini yang sebahagiannya telah berpisah lebih 30 tahun. Pelbagai acara telah disusun dalam majlis dua hari satu malam ini. Semua group exsua82 yang ditemui merakamkan rasa gembira atas pertemuan ini dan berharap mereka boleh bertemu lagi pada masa akan datang.Kehadiran bekas pelajar spm 82 sm ungku aziz ini memang dialu-alukan. Mereka yang datang daripada pelbagai peringkat pekerjaan dan mereka mengetepikan semua perbezaan itu demi menjalinkan semula ikatan silaturrahim dan persaudaraan. Lebih manis lagi, berita pertemuan ini telah disiarkan dalam Harian Metro dan Akhbar Sinar beberapa hari selepas itu.Kegembiraan mereka semua sukar untuk dinyatakan...biarlah gambar yang berbicara...
























































































































































































































1 ulasan:

samuri berkata...

Tahniah kepada Tuan Hj Azman sebagai Pengerusi ExSua-82